Salam semua...
Hi! bertemu kembali dlm blog saya ni...nak sambung citer yg lepas tu..resepi rendang.
Kali ni sy tak bercerita tapi terus sediakan resepi ye...
Bahan2 :
Ayam 1 ekor atau Daging 2 kilo
Ayam 1 ekor atau Daging 2 kilo
Cili kering (15 biji-ikut pedas masing2)
Bawang merah 10 biji. (hiris)
Bawang putih 5 biji
Lengkuas 3cm
Halia 6cm
Serai 6 batang
Daun kunyit 3 helai (hiris halus)
Kunyit hidup (serbuk kunyit)
Asam keping 3 kpg
Santan (1 1/2 biji kelapa)
Kerisik 1/4 biji kelapa
Cara2 :
- Mula2 bersihkan ayam, then tos kan.
- Blend cili kering, bawang putih, lengkuas, halia, dan serai.
- Hiris nipis bawang merah, daun kunyit.
- Masukkan kesemua bahan di atas bersama2 ayam ke dalam kuali untuk memasak. Masukkan juga kerisik dan santan ye..
- Setelah mendidih masukkan asam keping, anggarkan garam dan gula sesedap rasa. Masak rendang ni sy tak pakai serbuk aji sbb santan pun dah terasa manis lemaknya.
Masakan rendang ni mengambil masa yg agak lama bagi memastikan rasa kesemua ramuan tu sebati dengan ayam. Tiba2 teringat pulak kat resepi org Negeri 9 buat rendang, diaorg campurkan daun pucuk ubi...mmg sedapla.. Sesiapa nak try masuk daun pucuk ubi boleh jugak...mana tau anda juga suka kan..
Sesiapa nak tau cara buat cucur manis dan masin yg paling simple tapi sedap!, jgn lupa ikuti blog saya seterusnya.
Time kasih dari saya dan "Selamat Mencuba"
Ilmu utk dikongsi: Kenapa kita rasa masakan mak kita paling sedap...ini adalah kerana mak kita masak dengan ramuan keikhlasan yang digaulkan dengan rencah kasih dan sayang. Samalah dengan kita yg masak untuk suami dan anak2 tercinta. Sambil2 memasak tu elok kita mengamalkan zikir pada yg maha menjadikan kita...alhamdulillah mudah2an kita tergolong dalam isteri2 solehah dan ibu2 mithali yang tempatnya di syurga. amiin....
No comments:
Post a Comment