Sama2 kita doa semoga permulaan hari ini membawa kita membuat banyak kebaikan dari kemungkaran. Hehe...kita berkongsi tips cinta pulak ye kali ini...
Sedih sgt kan kalau kita dengar kawan2 mengadu bermacam2 masalah spt pasangan berlaku curang...yang paling menyayat hati kalau berlaku pada diri kita sendiri. Biasanya masalah ini paling ditakuti oleh kaum wanita. Nak memilih pasangan ni harus berhati2, jangan kita sengaja pujuk hati kita untuk terima semua kelemahan pasangan sedangkan pada hakikatnya kita tahu kita tak serasi dengannya.
Ada beberapa tips untuk memilih pasangan mengikut syariat Islam:-
1) Pilih pasangan berdasarkan agamanya, ketaatan kepada perintah Allah. Bagi orang yang kefahaman agamanya kurang, perbezaan pendapat menjadi melarat dan bertambah kusut. Mulalah keluar ayat2 yg menyakitkan hati dan ungkit mengungkit pun berlaku sehingga tiada lagi kemanisan dalam hubungan.
Nabi Muhammad s.a.w ada
memberikan penekanan kepada sesiapa yang ingin berkahwin agar memilih pasangan
yang beragama.
Sabda Rasulullah s.a.w
bermaksud: “Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber
agama, nescaya kamu akan diberkati Allah.” (Riwayat Bu khari, Muslim dan
lain-lain)
2) Tidak tergopoh gapah. Amalkan
solat istikharah dan bnykkan berdoa selagi hati belum tenang relek dulu arr..
3) Pastikan matlamat yg betul
untuk berumahtangga. Bukan kahwin sbb harta, keturunan dan kecantikan kerana
semuanya itu bersifat tidak kekal.
4) Keadaan Keluarga
Mengenali keluarga pasangan sgt
penting bagi menyambung keturunan kita. Carilah pasangan dari keluarga yg
baik2.
“Pilihlah calon suami/isteri yang
baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat.” ~ (HR. Abu
Daud)
5) Ada perancangan dan prinsip
hidup
No comments:
Post a Comment