Salam dan selamat pagi buat saudara islam ku...semoga hari ni kita semua beroleh kesejahteraan dan dikurniakan kesihatan yg baik dari tuhan yg maha pencipta.
Mungkin kali ni agak lain sikit topik yg nak dibawakan...terasa emo pulak nak menulis bab2 kehidupan yg penuh 1001 cerita yg tiada kesudahan ini. Alhamdulillah bagi diri saya perubahan kehidupan yg lebih baik dari semalam tetap ada dan harapnya ia akan berkekalan. begitu juga saya doakan pada semua pembaca terutama kaum hawa yg sudah bergelar isteri.
Mula2 nak jadi isteri tu sgtlah payah rasanya nak mengharungi masalah2 yg mendatang ditambah pulak dgn ketandusan ilmu. Sedarlah wahai sahabat yg dikasihi semua....hanya dengan ilmu shj segala masalah dapat diatasi. Masa yg berlalu mematangkan fikiran dan pengalaman menjadi pengajaran yg amat bermakna dan mahal harganya. tanpa semua tu kehidupan xkan menjadi lebih baik. bagi yg sedang dlm pergolakan rumahtangga tu jgnlah cpt putus asa dan menyesal dgn apa yg terjadi sebaliknya cuba tenang dan muhasabah diri.
Muhasabah diri ni amat penting! kerana kita xkan dpt mengubah perangai pasangan kita, apa yg kita boleh ubah ialah diri kita sendiri. kena pandai sesuaikan diri mengikut rentak pasangan kita. contohnya, kalau tgh bertekak tu jgn kita bertikam lidah...sbb xkan ada kesudahannya, lelaki sgt terkenal dgn sifat ego..untuk elakkan kita dari lebih rasa sakit hati, pada pendapat saya jgn mulakan perkara yg boleh mndtgkan perbalahan ni. Simpan apa yg x puas hati tu...sbb kalau kita teruskan jugak, fikir...tanya dan jawap pada diri sendiri..adakah kita boleh menang? adakah suami kita akan berubah dan ikut seperti kehendak dan berkelakuan seperti yg kita suruh? Saya bnyk habiskan masa dan tambah dosa untuk pergaduhan spt ini. Baru skrg sy rasa pandai nak tarik nafas fikir dan simpan rasa tak puas hati itu...dan akhirnya ianya tidak saya bangkitkan. Kdg2 perkara yg kita asalnya nak perbincgkan secara baik..tp dah menjadi sebaliknya itu cumalah hal2 yg remeh shj dimana sshhhh....diam lagi baik. Carilah masa yg sesuai untuk kita ajak pasangan kita berbincang ye...
Kita selalu rasa x adil dgn kesedihan yg kita alami...kita bnyk tanya kenapa dia sanggup buat aku mcm ni..apa salah aku? tapi kalaulah kita dpt menyerahkan segala keputusan adil atau tidak kepada Allah insya allah kita akan rasa sedikit lega. Jgn sibuk fikir pasal apa pasangan kita buat..tapi sibukla fikir apa yg kita belum buat untuk kekasih yg satu iaitu Allah. Mmg susah nak buat tapi cubalah mana tau kita dpt ketenangan itu wlupun seketika. Hidup x seterusnya hidup kerana mati pasti akan datang...apa guna kita menang di dunia tapi kalah di akhirat? Dunia yg bersifat sementara kerana kehidupan yg kekal abadi cuma bekalnya adalah amalan.
Selalulah mendengar ceramah di tv, baca buku2 agama dan baca alquran...itu semua ibarat makanan harian untuk kita terus kekal berbuat kebaikan dan memantapkan iman...Saya suka rancangan tanyalah ustazah...sbb bila ustazah berceramah mmg kena kat diri saya sbb perempuan lebih memahami perempuan. Dptla kalau nak pujuk hati sendiri tu tiap kali rasa sedih. Alhamdulillah tiap persoalan sy sering terjawap bila sy menonton rancangan tanyalah ustaz dan ustazah ini. tq sgt pada tv9 yg buat rancangan ilmu yg dpt memberi manafaat ni. Semoga kita semua mndapat rahmat dan redha dari Allah. Amiin....
Wassalam..
No comments:
Post a Comment