Saturday, 20 April 2013

Muhasabah Diri

Salam dan selamat pagi buat saudara islam ku...semoga hari ni kita semua beroleh kesejahteraan dan dikurniakan kesihatan yg baik dari tuhan yg maha pencipta.

Mungkin kali ni agak lain sikit topik yg nak dibawakan...terasa emo pulak nak menulis bab2 kehidupan yg penuh 1001 cerita yg tiada kesudahan ini. Alhamdulillah bagi diri saya perubahan kehidupan yg lebih baik dari semalam tetap ada dan harapnya ia akan berkekalan. begitu juga saya doakan pada semua pembaca terutama kaum hawa yg sudah bergelar isteri.

Mula2 nak jadi isteri tu sgtlah payah rasanya nak mengharungi masalah2 yg mendatang ditambah pulak dgn ketandusan ilmu. Sedarlah wahai sahabat yg dikasihi semua....hanya dengan ilmu shj segala masalah dapat diatasi.  Masa yg berlalu mematangkan fikiran dan pengalaman menjadi pengajaran yg amat bermakna dan mahal harganya. tanpa semua tu kehidupan xkan menjadi lebih baik.  bagi yg sedang dlm pergolakan rumahtangga tu jgnlah cpt putus asa dan menyesal dgn apa yg terjadi sebaliknya cuba tenang dan muhasabah diri. 

Muhasabah diri ni amat penting! kerana kita xkan dpt mengubah perangai pasangan kita, apa yg kita boleh ubah ialah diri kita sendiri. kena pandai sesuaikan diri mengikut rentak pasangan kita. contohnya, kalau tgh bertekak tu jgn kita bertikam lidah...sbb xkan ada kesudahannya, lelaki sgt terkenal dgn sifat ego..untuk elakkan kita dari lebih rasa sakit hati, pada pendapat saya jgn mulakan perkara yg boleh mndtgkan perbalahan ni. Simpan apa yg x puas hati tu...sbb kalau kita teruskan jugak, fikir...tanya dan jawap pada diri sendiri..adakah kita boleh menang? adakah suami kita akan berubah dan ikut seperti kehendak dan berkelakuan seperti yg kita suruh? Saya bnyk habiskan masa dan tambah dosa untuk pergaduhan spt ini. Baru skrg sy rasa pandai nak tarik nafas fikir dan simpan rasa tak puas hati itu...dan akhirnya ianya tidak saya bangkitkan. Kdg2 perkara yg kita asalnya nak perbincgkan secara baik..tp dah menjadi sebaliknya itu cumalah hal2 yg remeh shj dimana sshhhh....diam lagi baik. Carilah masa yg sesuai untuk kita ajak pasangan kita berbincang ye...


Kita selalu rasa x adil dgn kesedihan yg kita alami...kita bnyk tanya kenapa dia sanggup buat aku mcm ni..apa salah aku? tapi kalaulah kita dpt menyerahkan segala keputusan adil atau tidak kepada Allah insya allah kita akan rasa sedikit lega.  Jgn sibuk fikir pasal apa pasangan kita buat..tapi sibukla fikir apa yg kita belum buat untuk kekasih yg satu iaitu Allah. Mmg susah nak buat tapi cubalah mana tau kita dpt ketenangan itu wlupun seketika. Hidup x seterusnya hidup kerana mati pasti akan datang...apa guna kita menang di dunia tapi kalah di akhirat? Dunia yg bersifat sementara kerana kehidupan yg kekal abadi cuma bekalnya adalah amalan. 


Selalulah mendengar ceramah di tv, baca buku2 agama dan baca alquran...itu semua ibarat makanan harian untuk kita terus kekal berbuat kebaikan dan memantapkan iman...Saya suka rancangan tanyalah ustazah...sbb bila ustazah berceramah mmg kena kat diri saya sbb perempuan lebih memahami perempuan. Dptla kalau nak pujuk hati sendiri tu tiap kali rasa sedih. Alhamdulillah tiap persoalan sy sering terjawap bila sy menonton rancangan tanyalah ustaz dan ustazah ini. tq sgt pada tv9 yg buat rancangan ilmu yg dpt memberi manafaat ni.  Semoga kita semua mndapat rahmat dan redha dari Allah. Amiin....

Wassalam..


Resepi Rendang


Salam semua...

Hi! bertemu kembali dlm blog saya ni...nak sambung citer yg lepas tu..resepi rendang.

Kali ni sy tak bercerita tapi terus sediakan resepi ye...

Bahan2 :

Ayam 1 ekor atau Daging 2 kilo
Cili kering (15 biji-ikut pedas masing2)
Bawang merah 10 biji. (hiris)
Bawang putih 5 biji
Lengkuas 3cm
Halia 6cm
Serai 6 batang 
Daun kunyit 3 helai (hiris halus)
Kunyit hidup (serbuk kunyit)
Asam keping 3 kpg
Santan (1 1/2 biji kelapa)
Kerisik 1/4 biji kelapa


Cara2 :

- Mula2 bersihkan ayam, then tos kan.

- Blend cili kering, bawang putih, lengkuas, halia, dan serai.  

- Hiris nipis bawang merah, daun kunyit.

- Masukkan kesemua bahan di atas bersama2 ayam ke dalam kuali untuk memasak. Masukkan juga kerisik dan santan ye..


- Setelah mendidih masukkan asam keping, anggarkan garam dan gula sesedap rasa. Masak rendang ni sy tak pakai serbuk aji sbb santan pun dah terasa manis lemaknya.

Masakan rendang ni mengambil masa yg agak lama bagi memastikan rasa kesemua ramuan tu sebati dengan ayam.  Tiba2 teringat pulak kat resepi org Negeri 9 buat rendang, diaorg campurkan daun pucuk ubi...mmg sedapla.. Sesiapa nak try masuk daun pucuk ubi boleh jugak...mana tau anda juga suka kan..

Sesiapa nak tau cara buat cucur manis dan masin yg paling simple tapi sedap!, jgn lupa ikuti blog saya seterusnya. 

Time kasih dari saya dan "Selamat Mencuba"


Ilmu utk dikongsi: Kenapa kita rasa masakan mak kita paling sedap...ini adalah kerana mak kita masak dengan ramuan keikhlasan yang digaulkan dengan rencah kasih dan sayang. Samalah dengan kita yg masak untuk suami dan anak2 tercinta.  Sambil2 memasak tu elok kita mengamalkan zikir pada yg maha menjadikan kita...alhamdulillah mudah2an kita tergolong dalam isteri2 solehah dan ibu2 mithali yang tempatnya di syurga. amiin....



Cucur Manis n Masin

Cucur manis dimakan bersama serunding daging..nyum nyum!!



Salam semua....sy nak menunaikan janji dimana post yg lepas sy ada mention nak bagi resepi buat cucur manis... Tak tahulah sama ada u all suka ke tidak cucur manis ni. Cucur manis ni sy makan masa kecik2 dulu yg dibuat oleh makcik saudara sy. Rasanya sgt sedap, dah berkali2 sy cuba dan rasanya kali yg ke 5 mencuba kot baru sy dapat rasa spt yg saya rasa bertahun2 dulu.  



Resepinya sgtla simple cuma tepung gandum, gula, kelapa yg telah diparut, sedikit garam dan serbuk penaik. Masukkan je semua bahan2 tadi dan bancuh dgn air. Kemudian panaskan minyak dan goreng. 

Yang penting bancuhan jgn terlalu pekat dan tidak terlalu cair..agak2 je la asalkan boleh kaut dgn sudu.




Cucur masin plak samalah cucur udang tu tp resepi reka2 sendiri hentam je..

Bahan-bahanya : Tepung gandum.

Untuk bahan dlm kurungan ni semuanya dipotong dadu. 
(udang, bwg besar, ubi kentang, cili padi kalau suka pedas, sayur terpulang kcg panjang, kucai atau taugeh pun bole tp taugeh x payah potong ye)

Tumbuk sedikit ikan bilis dan cili masak..klu xde ikan bilis, masuk serbuk pati ikan bilis atau kiub ayam pun boleh

sedikit garam

masukkan sedikit tepung serbaguna (1 sudu besar)








bancuhan dgn air tu yg kena jaga ye agak2 tidak pekat supaya dpt hasil yg garing luar dalam, kalau pekat cucur kita lebih rasa tepung. 

Janganlah curang!!!

Assalamualaikum...


Sama2 kita doa semoga permulaan hari ini membawa kita membuat banyak kebaikan  dari kemungkaran.  Hehe...kita berkongsi tips cinta pulak ye kali ini...

Sedih sgt kan kalau kita dengar kawan2 mengadu bermacam2 masalah spt pasangan berlaku curang...yang paling menyayat hati kalau berlaku pada diri kita sendiri. Biasanya masalah ini paling ditakuti oleh kaum wanita. Nak memilih pasangan ni harus berhati2, jangan kita sengaja pujuk hati kita untuk terima semua kelemahan pasangan sedangkan pada hakikatnya kita tahu kita tak serasi dengannya.



Ada beberapa tips untuk memilih pasangan mengikut syariat Islam:-


1) Pilih pasangan berdasarkan agamanya, ketaatan kepada perintah Allah. Bagi orang yang kefahaman agamanya kurang, perbezaan pendapat menjadi melarat dan bertambah kusut. Mulalah keluar  ayat2 yg menyakitkan hati dan ungkit mengungkit pun berlaku sehingga tiada lagi kemanisan dalam hubungan.



Nabi Muhammad s.a.w ada memberikan penekanan kepada sesiapa yang ingin berkahwin agar memilih pasangan yang beragama.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah.” (Riwayat Bu khari, Muslim dan lain-lain)


2) Tidak tergopoh gapah. Amalkan solat istikharah dan bnykkan berdoa selagi hati belum tenang relek dulu arr..

3) Pastikan matlamat yg betul untuk berumahtangga. Bukan kahwin sbb harta, keturunan dan kecantikan kerana semuanya itu bersifat tidak kekal.

4) Keadaan Keluarga
Mengenali keluarga pasangan sgt penting bagi menyambung keturunan kita. Carilah pasangan dari keluarga yg baik2.
“Pilihlah calon suami/isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat.” ~ (HR. Abu Daud)

5) Ada perancangan dan prinsip hidup

6) Perkara yg dia suka dan tidak disukainya..Tapi ingat dah kahwin nanti kita tak boleh nak ubah pasangan..kita harus terima seadanya dia.